
Background
- The National SDG Council approved the establishment of the National SDG Center on September 5, 2022.
- The National SDG Center, under the auspices of the Ministry of Economy (as the national focal point for SDG), officially commenced operations on August 1, 2023.
Functions of National SDG Centre
- Coordinating, empowering and monitoring the progress of the implementation of the country’s SDG and ESG, aligning with the implementation of the SDG Roadmap Phase 2 and 3, as well as the 12th and 13th Malaysia Plans towards 2030.
- Facilitating and encouraging strategic cooperation with stakeholders at various levels in the implementation of SDG.
- Acting as the secretariat for the National SDG Council, the SDG Steering Committee and the SDG Technical Committee.
- Providing input or reports related to the achievements and progress of the country’s SDG, such as the Voluntary National Review.
Pusat SDG Negara Ditubuhkan
PUTRAJAYA: Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara ditubuhkan bagi memperkasa dan mempergiat program serta memantau kemajuan SDG di negara ini.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis SDG Negara yang dipengerusikan buat julung kali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak penubuhanya pada 2016.
Menurut Perdana Menteri, agenda pembangunan mampan memerlukan penglibatan menyeluruh dan usaha gigih semua pihak.
“Mesyuarat turut mengambil maklum akan cabaran dan situasi semasa peringkat global dan tempatan serta kemerosotan dalam pencapaian beberapa SDG negara ekoran impak negatif pandemik COVID-19, cabaran perubahan iklim dunia, krisis inflasi dan kemelut geopolitik antarabangsa.
“Mesyuarat juga bersetuju dengan penyediaan Laporan Semakan Tempatan (VLR) di peringkat bandaran dan daerah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan-kerajaan negeri. Sekurang-kurangnya satu laporan akan dihasilkan oleh setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penubuhan SDG ini juga akan meningkatkan tahap kesedaran seluruh Keluarga Malaysia di peringkat akar umbi dan syarikat-syarikat swasta.
Pusat berkenaan akan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail berkata setiap negeri digalakkan menyediakan laporan berkenaan sebagai panduan dalam memantau kemajuan Malaysia ke arah pertumbuhan pembangunan negara bagi mengimbangi aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi.
Source: Buletin TV3