Mengenai Pusat SDG Negara
cropped-sdg-favicon.png

Latar belakang

  • Majlis Sustainable Development Goals (SDG) Negara meluluskan penubuhan Pusat SDG Negara pada 5 September 2022
  • Pusat SDG Negara di bawah naungan Kementerian Ekonomi (selaku focal point SDG kebangsaan) telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2023


Fungsi  Pusat SDG Negara

  • Menyelaras, memperkasa dan memantau kemajuan pelaksanaan SDG dan ESG negara sejajar dengan perlaksanaan Halatuju SDG Fasa 2 dan 3 (SDG Roadmap Phase 2 and 3) serta RMK-12 dan RMK-13 ke arah tahun 2030
  • Memudahcarakan dan mengalakkan kerjasama strategik dengan pihak-pihak berkepentingan dalam pelaksanaan SDG di pelbagai peringkat.
  • Menjadi sekretariat kepada Mesyuarat Majlis SDG Negara, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu SDG dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal SDG
  • Menyediakan input atau pelaporan berkaitan pencapaian dan kemajuan SDG negara seperti Voluntary National Review
Dalam Berita

Pusat SDG Negara Ditubuhkan

Pusat SDG Negara Ditubuhkan

PUTRAJAYA: Pusat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Negara ditubuhkan bagi memperkasa dan mempergiat program serta memantau kemajuan SDG di negara ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis SDG Negara yang dipengerusikan buat julung kali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sejak penubuhannya pada 2016.

Menurut Perdana Menteri, agenda pembangunan memerlukan penglibatan menyeluruh dan usaha gigih semua pihak.

“Mesyuarat turut mengambil maklum akan cabaran dan situasi semasa peringkat global dan tempatan serta kemerosotan dalam pencapaian beberapa SDG negara ekoran impak negatif pandemik COVID-19, cabaran perubahan iklim dunia, krisis inflasi dan kemelut geopolitik antarabangsa.

“Mesyuarat juga bersetuju dengan penyediaan Laporan Semakan Tempatan (VLR) di peringkat bandar dan daerah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan-kerajaan negeri. Sekurang-kurangnya satu laporan akan dihasilkan oleh setiap negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penubuhan SDG ini juga akan meningkatkan tahap kesedaran seluruh Keluarga Malaysia di peringkat akar umbi dan syarikat-syarikat swasta.

Pusat berkenaan akan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail berkata setiap negeri digalakkan menyediakan laporan berkenaan sebagai panduan dalam memantau kemajuan Malaysia ke arah pertumbuhan pembangunan negara bagi meningkatkan aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi.

Sumber: Buletin TV3