Forum on Consolidating Initiatives on SDG & ESG with Higher Learning Institutions

24 Feb 2025. Ungku Aziz Centre (UAC), Universiti Malaysia bersama-sama Kementerian Ekonomi, Kementerian Pengajian Tinggi serta rakan kerjasama yang lain seperti APPGM-SDG dan SDSN Sunway Universiti telah menganjurkan Forum “Consolidating the Sustainability Agenda (SDG-ESG) Among Public and Private Higher Education Institutions” pada 24 Februari 2025 di Hotel Zenith Putrajaya.

Sesi ini telah dihadiri kira-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil universiti awam dan swasta (pengurusan tertinggi dan pegawai yang bertangungjawab di dalam aspek pengurusan kemampanan), para pelajar universiti, wakil Jawatankuasa Kerja SDG dan Kementerian Peneraju SDG.

Acara telah mulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Naib Canselor UM, Professor Dr Yvonne Lim Ai Lian dan diikuti dengan ucapan Puan Karima El Korri, Wakil Residen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia, Singapura dan Brunei. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Makro) YBhg Dato’ Ts. V Valluvan Vello. Antara penceramah/moderator yang hadir ialah YBhg Dato Seri Mustapha Mohamed, Penasihat UAC/ Felo Kerhormat SDSN Malaysia dan juga YBhg Dato Dr Denison Jayasooria, Pengerusi Sekretariat APPGM-SDG.

Forum ini telah mengalakkan pertukaran idea bagi kerjasama antara universiti awam dan swasta bersama-sama dengan pihak industri. Selain itu, ia juga menjadi platform bagi membincangkan pelaksanaan kerangka “Sustainability Framework for the Higher Learning Institutions” dalam usaha untuk mengharmonikan pelaksanaan SDG dan ESG diperingkat IPTA/IPTS apabila diluncurkan kelak. UAC selaku penganjur forum, dalam waktu terdekat akan mencadangkan pelan tindakan berdasarkan dapatan perbincangan yang diperolehi daripada forum ini.

Share: