Sempena ๐๐ข๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ง๐๐๐ค ๐๐๐ญ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง (๐๐๐) ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก ๐๐๐๐๐ก, para delegasi bersama Timbalan Menteri Ekonomi YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib dan Ketua Eksekutif SEDIA YBhg Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan telah melawat Tamu Mingguan Tamparuli dan juga Komuniti Sistem Tagal di Kiulu, Tuaran.
Aktiviti tamu di Sabah khususnya di luar bandar menjadi salah satu kegiatan ekonomi yang mampu mengerakkan pembangunan sosio-ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Tamu menjadi satu medan bagi peniaga untuk menjual produk jualan pertanian, perikanan, dan produk bukan pertanian seperti kraftangan.
Di lokasis Tagal, rombongan YB Timbalan Menteri telah disambut oleh wakil rakyat Kiulu YB Datuk Joniston Bangkuai. Tagal pula merupakan sistem pengurusan sumber asli tradisional yang mapan terutamanya bagi sumber hidupan akuatik sungai di Sabah, Malaysia. Ikan di kawasan tagal tidak boleh ditangkap atas persetujuan masyarakat pelaksana.